Pembekal Pasir Binaan di Lembah Klang dan Selangor

Pembekal Pasir Binaan di Lembah Klang dan Selangor

Sunday, November 22, 2009

Mendapat Pembekal Lori..

Salam,

Pihak Permata Oasis Resources ada berbincang dengan beberapa syarikat pengangkutan untuk membantu dari segi logistik pasir yang dibeli.

Alhamdulillah, beberapa syarikat yang mempunyai lori lebih dari 100 buah, sudi untuk membantu dengan menguruskan pengangkutan dengan harga yang kompetitif.

Setelah menjalankan beberapa kali perbincangan dengan pihak pengurusan syarikat tersebut, kami mencapai persetujuan bahawa pihak syarikat juga akan membantu mencari pasaran bagi menguruskan penjualan pasir bagi pihak kami.

Oleh kerana pihak syarikat logistik ini sudah sekian lama berada di dalam pasaran dan mempunyai jaringan di kalangan konglomerat, pihak permata oasis menjangka pasaran yang agak baik bagi pihak kedua-duanya.

Projek pembinaan LCCT baru, jika mengikut khabar angin telah pun diserahkan kepada beberapa syarikat gergasi pembinaan. Mereka sedang mencari berpuluh juta tan pasir kotor untuk dibuat tapak lapangan terbang dan jalan raya.

Syarikat kami masih belum mendapat tapak untuk pasir kotor di Selangor. Ini kerana pasir kotor di Selangor hanya diserahkan kepada pengusaha sungai sebagai projek cuci gali. Di samping membersihkan sungai daripada kotoran dan mendapan pasir dari hulu, mereka boleh menjual pasir tersebut sebagai pasir kotor. Kami masih belum ada maklumat tentang pasir lombong yang dijual oleh SEMESTA sebagai pasir kotor.

Walaupun mendapat panggilan daripada ramai orang tentang pasir kotor, namun pihak syarikat memohon maaf kerana tidak dapat membekal pasir kotor buat masa ini. InsyAllah jika ada peluang dan rezeki, kami juga akan memohon untuk mendapatkan pasir kotor.

Wallahu Alam.

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin
GM Permata Oasis Resources
012-9597074

Saturday, November 14, 2009

Sumbangan Korban 1430H

Hubungi Dr Azwan Untuk Sumbangan Korban 1430H.
Sumbangan anda terus ke Rumah Anak Yatim dan Sekolah Tahfiz di Klang. 012-9597074. Masih ada Kekosongan.




Lembu untuk dijual RM 2200.00 seekor.