Pembekal Pasir Binaan di Lembah Klang dan Selangor

Pembekal Pasir Binaan di Lembah Klang dan Selangor

Sunday, November 22, 2009

Mendapat Pembekal Lori..

Salam,

Pihak Permata Oasis Resources ada berbincang dengan beberapa syarikat pengangkutan untuk membantu dari segi logistik pasir yang dibeli.

Alhamdulillah, beberapa syarikat yang mempunyai lori lebih dari 100 buah, sudi untuk membantu dengan menguruskan pengangkutan dengan harga yang kompetitif.

Setelah menjalankan beberapa kali perbincangan dengan pihak pengurusan syarikat tersebut, kami mencapai persetujuan bahawa pihak syarikat juga akan membantu mencari pasaran bagi menguruskan penjualan pasir bagi pihak kami.

Oleh kerana pihak syarikat logistik ini sudah sekian lama berada di dalam pasaran dan mempunyai jaringan di kalangan konglomerat, pihak permata oasis menjangka pasaran yang agak baik bagi pihak kedua-duanya.

Projek pembinaan LCCT baru, jika mengikut khabar angin telah pun diserahkan kepada beberapa syarikat gergasi pembinaan. Mereka sedang mencari berpuluh juta tan pasir kotor untuk dibuat tapak lapangan terbang dan jalan raya.

Syarikat kami masih belum mendapat tapak untuk pasir kotor di Selangor. Ini kerana pasir kotor di Selangor hanya diserahkan kepada pengusaha sungai sebagai projek cuci gali. Di samping membersihkan sungai daripada kotoran dan mendapan pasir dari hulu, mereka boleh menjual pasir tersebut sebagai pasir kotor. Kami masih belum ada maklumat tentang pasir lombong yang dijual oleh SEMESTA sebagai pasir kotor.

Walaupun mendapat panggilan daripada ramai orang tentang pasir kotor, namun pihak syarikat memohon maaf kerana tidak dapat membekal pasir kotor buat masa ini. InsyAllah jika ada peluang dan rezeki, kami juga akan memohon untuk mendapatkan pasir kotor.

Wallahu Alam.

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin
GM Permata Oasis Resources
012-9597074

Saturday, November 14, 2009

Sumbangan Korban 1430H

Hubungi Dr Azwan Untuk Sumbangan Korban 1430H.
Sumbangan anda terus ke Rumah Anak Yatim dan Sekolah Tahfiz di Klang. 012-9597074. Masih ada Kekosongan.




Lembu untuk dijual RM 2200.00 seekor.

Sunday, October 18, 2009

Harga Pasir Kasar Cuci (bersih)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut adalah harga pasir kasar cuci yang dijual mengikut tapak pasir. Harga berbeza mengikut tapak kawasan. Harga adalah tertakluk kepada ketetapan harga yang dibuat oleh Kumpulan SEMESTA Sdn Bhd (KSSB).

Pihak Permata Oasis Resources berhak untuk menukar kadar harga mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan oleh KSSB.

Harga yang tertera adalah harga retail yang dijual oleh Permata Oasis Resources. Sekiranya pengambilan pasir mencecah nilai melebihi 30,000 metrik tan sebulan, maka pihak syarikat boleh menimbang harga istimewa kepada pembeli.

Semua pembelian harus membayar deposit terlebih dahulu.

Harga Pasaran (di bawah 30,000 tan sebulan)

Kawasan Dengkil : RM 22.00
Kawasan Sungai Kembong : RM 19.00
(Dekat Branang/Bangi Lama)
Kawasan Kambing Susu (Ijok) : RM 18.00
Kawasan Bestari Jaya (Unisel) : RM 18.00
Kawasan Hulu Tinggi (Batang Berjuntai) : RM 18.00

***(Harga tidak termasuk pengangkutan)

Sila hubungi saya Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk keterangan lanjut.

Terima kasih.


Wednesday, October 7, 2009

Pasir Untuk Dijual


Permata Oasis Resources adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan kerja-kerja pembekalan pasir untuk tujuan pembinaan dan konkrit di negeri Selangor.

Antara jenis pasir yang kami bekalkan:-
1. Pasir Kasar bersih
2. Pasir Halus bersih (cuma di Branang dan Kambing Susu sahaja)

Kawasan-kawasan perlombongan pasir yang kami bekalkan:-
1. Dengkil (berhampiran Putrajaya/ Nilai/ Cyberjaya)
2. Sungai Kembung, Branang (berhampiran Bangi Lama/ Bandar Sri Mahkota)
3. Kambing Susu, Hulu Selangor (berhampiran Rawang, Ijok, Meru, Klang)
4. Bestari Jaya, Batang Berjuntai. (Belakang UNISEL)
5. Hulu Tinggi, Batang Berjuntai.

Prosedur pembelian:-
1. Sila hantar surat hasrat (LOI) atau Purchase Order (PO) kepada :-

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin,
Pengurus Besar,
Permata Oasis Resources,
Suite J&K, Bangunan Arked MARA,
Jalan Melayu,
41400 Klang, Selangor
Tel/Faks :03-33410544
(email : abiteha@yahoo.com)

2. Kita akan buat temujanji untuk perbincangan pembelian pasir di pejabat kami di Klang.
3. Pihak kami akan sediakan dokumen yang berkaitan seperti surat wakil jual pasir, laporan makmal pasir dan invois.
4. Pihak pembeli akan menyediakan bukti kewangan, salinan permit lori yang akan digunakan dan dokumen-dokumen bukti kerja yang akan dibuat.
5. Pembayaran dibuat ke dalam akaun syarikat. Resit dan SPA akan dikeluarkan. Urusan permohonan permit dan doket akan diselesaikan di dalam masa 3-5 hari bekerja.
6. Pasir sudah boleh diangkut.


Peringatan :

1. Kegagalan menyediakan senarai salinan permit lori yang akan digunakan untuk mengangkut pasir akan menyebabkan lori tersebut tidak dapat mengangkut pasir.

2. Pembayaran akan dibuat secara berkala. Pembayaran secara pendahuluan (cthnya advance setiap minggu) adalah dicadangkan. Pembeli akan menambah pembayaran setiap akhir minggu sekiranya berminat utk mengambil pasir lagi pada minggu berikutnya. Kegagalan menambah bayaran seperti yang ditetapkan akan menyebabkan lori tidak dapat mengangkut pasir.

Hubungi :-

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin
Pengurus Besar - 012-9597074
abiteha@yahoo.com

Haji Kamaruddin Bin Parlan
Pengurus Pemasaran - 017-3632767

Gambar-gambar di tapak perlombongan pasir.

Saya dan Haji Kamaruddin di tapak pasir di Dengkil, Selangor di hadapan pasir yang telah dicuci.


Saya dan Haji Kamaruddin di belakang lombong pasir kawasan Kambing Susu, berhampiran Rawang, Selangor. Di sini terdapat pasir kasar dan pasir halus.

Pemandangan di tapak stockpile pasir kasar cuci.

Pasir yang telah dicuci di kawasan Kambing Susu.